
ORDER BERTAMBAH. POTONGAN PUN BERTAMBAH.
Sales Makin Banyak. Tapi Untung Makin Sikit?
Penat kejar sales, tapi setiap pesanan makin banyak potongan. Bila caj platform naik, margin Anda pula yang menanggungnya. Bina kedai jenama sendiri untuk terima pesanan terus dan kurangkan kebergantungan pada marketplace.
BINA KEDAI SENDIRIAnda bina jenama, bukan untuk bersaing di marketplace.

Projek sebenar: Kindskin International.
KAJIAN KES
TEMPAHAN LEBIH MUDAH. SEDIA UNTUK DUNIA.
Kajian kes TamanNegara2U · Website, bayaran antarabangsa dan kempen untuk menarik pelanggan.
TamanNegara2U.com
6-ANGKA
Jualan kasar · 130 pesanan
1–31 Ogos 2024. Angka daripada laporan jualan projek; jualan kasar, bukan untung. Hasil projek sebenar, bukan jaminan pendapatan.
01 / CABARAN
Navigasi sukar, paparan mobile kurang mesra dan pindahan bank manual menyukarkan pelancong memilih pakej serta melengkapkan tempahan.
02 / APA KAMI BINA
Kami bina semula website, tambah baik SEO dan sediakan bayaran kad serta PayPal. Kempen Google Ads menyasarkan pasaran Eropah.
03 / PENGALAMAN PELANGGAN
Pelancong boleh semak pakej dan bayar terus secara online. Kurang langkah manual antara memilih percutian dan mengesahkan tempahan.
Website, pilihan bayaran dan kempen pelanggan bekerja bersama untuk memudahkan tempahan dari luar negara.
BINCANGKAN PROJEK ANDAINI YANG PENIAGA HADAP
Bukan Produk Anda Tak Laku. Platform Yang Makan Untung.
01 — PERANG HARGA TAK MENANG
Margin Makin Nipis
Mereka jual RM20, RM50, RM70. Sales RM10,000 sehari. Anda nak cecah RM1,000 pun struggle. Ikut harga mereka, untung tinggal sen-sen.
02 — BAJET BESAR LAWAN BAJET KECIL
Bajet Iklan Bocor
Bajet iklan mereka RM500,000 sebulan untuk ads dan team affiliate. Anda bajet RM5,000 pun fikir banyak kali. Setiap klik yang dibayar tu, nak bawa ke mana?
03 — PENAT JADI SEMUA BENDA
Dah Buat Semua Pun Sangkut
Pagi jawab chat, tengah hari packing, malam jadi content creator & host live. Dah 2 tahun buat benda sama?
04 — ADD TO CART RAMAI, CHECKOUT SIKIT
Customer Lari Saat Akhir
Ramai add to cart, tapi checkout sikit. Bila platform paparkan produk serupa yang lebih murah, pelanggan banding dan tangguhkan pembelian.
05 — KUALITI TINGGI, DIPAKSA JUAL MURAH
Maruah Produk Terkorban
Anda jaga material gred tinggi, kos dah naik. Tapi pelanggan banding dengan low-grade. Susah nak terangkan bezanya kalau harga sahaja yang dilihat.
06 — AKSES DATA TERHAD
Menumpang Sistem Orang
1,000 orang pernah beli. Bila nak launch produk baru, akses dan cara hubungi mereka masih tertakluk pada syarat platform. Nak capai semula, kena bayar iklan lagi.
Angka jualan dan bajet adalah contoh perbandingan, bukan data pasaran tertentu.
KEDAI ANDA, CARA ANDA
Bayangkan Anda Ada Kedai Sendiri.
Satu pautan rasmi. Tiada gangguan iklan pesaing di kedai anda.
01 / HARGA
Anda Tentukan Harga Bermaruah
Ada ruang ceritakan kenapa produk anda tahan lama, material apa. Bukan sekadar lawan harga RM2–RM3.
02 / CHECKOUT
Checkout Bersih, Tiada Iklan Pesaing
Pelanggan klik iklan anda, terus ke kedai anda. Tiada produk pesaing diselitkan di bawah.
03 / OPERASI
Pesanan & Stok Lebih Tersusun
Tak perlu selak mesej cari resit. Semua ada di satu dashboard.
04 / PELUANG
Urus Data & Affiliate Sendiri
GROW tambah reward points. SCALE tambah affiliate dengan jejak komisen sendiri dan cara menghubungi pelanggan dengan izin mereka.
HASIL KERJA KAMI
Projek Ecommerce Sebenar Oleh ADTEJARI

Kindskin International
Pembelian online, integrasi EasyParcel dan rangkaian affiliate.

Bearmom
Maklumat produk, pelanggan dan waranti yang lebih tersusun.

Twins
Kedai keperluan bayi dengan kategori jelas dan pembelian online.

TamanNegara2U
Tempahan pakej pelancongan dan bayaran online untuk pelanggan tempatan serta antarabangsa.

UH EduHub
Pendaftaran program, bayaran online dan akses pembelajaran yang saling terhubung.

Jomlerdeko
Kedai deko dan keperluan rumah dengan katalog produk serta pembelian online.
KAJIAN KES
DARI BAYARAN KE KELAS – AUTOMATIK.
Contoh sebenar bagaimana bayaran online terus buka akses pembelajaran.
UH EDU Hub Resources
5-ANGKA
Jualan kasar · 225 pesanan
20 Jan – 20 Feb 2024. Angka dari kajian kes dan dashboard jualan; jualan kasar, bukan untung.
01 / CABARAN
Pendaftaran manual buat bayaran dan akses kelas jadi dua kerja berasingan. Penat semak satu-satu.
02 / APA KAMI BINA
Kami hubungkan pemilihan subjek, pengesahan bayaran dan enrolmen e-learning dalam satu website.
03 / HASIL OPERASI
Pelajar dapat akses subjek terus selepas bayar. Kerja manual enrolmen berkurang.
Proses enrolmen yang terhubung bantu jualan kursus online.
BINCANGKAN PROJEK ANDAPAKEJ ECOMMERCE ADTEJARI
Pilih Kedai Ikut Fasa Bisnes Anda
Harga pakej. Skop disahkan dalam proposal. Tiada caj tersembunyi.
ECOM START
Nak Kedai Sendiri
RM3,980Harga pakej · skop disahkan dalam proposal
- Ada Link Rasmi Sendiri — Tak perlu bagi link Shopee yang penuh iklan pesaing. Nampak PRO.
- Customer Boleh Bayar Sendiri 24 Jam — Tak perlu semak resit manual.
- Tak Hilang Order Dalam WhatsApp — Semua pesanan ada di satu dashboard.
- Nampak Prestasi Jualan — Ada laporan jualan terus untuk bantu anda kira untung selepas menolak kos.
- Setup Keselamatan Asas — Domain & Hosting Tahun 1 PERCUMA.
- 4 Kit Percuma — Nilai RM3,691. Bonus 01 hingga 04.
ECOM GROW
Nak Repeat Sales
RM6,980Harga pakej · skop disahkan dalam proposal
Semua Dalam START, PLUS:
- Naikkan Nilai Pesanan — Sistem cadangkan produk tambahan sebelum checkout.
- Customer Ada Sebab Repeat — Reward points beri pelanggan sebab untuk datang balik.
- Cerita Lebih Banyak — 10 halaman direka untuk ceritakan kualiti.
- Team Packing Laju — Sambung terus ke kurier yang disokong.
- 5 Kit Percuma — Nilai RM4,479. Termasuk Sistem Jaga Iklan.
- Domain & Hosting Tahun 1 PERCUMA.
ECOM SCALE
Nak Team Jualan
RM14,980Harga pakej · skop disahkan dalam proposal
Semua Dalam GROW, PLUS:
- Ada Team Jualan Tanpa Gaji Tetap — Sistem affiliate dengan jejak komisen sendiri.
- Follow-up Jalan Sendiri — Customer add to cart tak checkout, sistem hantar reminder apabila maklumat dan izin pelanggan tersedia.
- Boleh Blast Database Sendiri — Email kempen kepada pelanggan yang sudah izin.
- Asingkan Kempen — 20 halaman direka untuk Raya, 11.11, New Launch.
- Lengkap 6 Kit — Termasuk Sistem Jaga Iklan & Pindah Data Pelanggan Lama.
- Domain & Hosting Tahun 1 PERCUMA.
Harga pakej. Skop dan semua caj dipersetujui dalam proposal. Domain & hosting tahun pertama percuma. Pembaharuan tahun berikutnya, caj transaksi gateway, kurier, lesen premium serta kerja tambahan yang berkenaan akan diperincikan. Bajet dan pengurusan iklan tidak termasuk melainkan dinyatakan.
BEZA KAMI DENGAN YANG MURAH
Website Dah Siap. Panduan Nak Mula Menjual Pun Ada.
Ini beza pakej RM3,980 kami dengan pakej website ecommerce di luar. START: 4 kit bernilai RM3,691. GROW: 5 kit bernilai RM4,479. SCALE: semua 6 kit bernilai RM5,579. Percuma mengikut pakej.

SEMUA PAKEJ – NILAI RM997
Kit Selamatkan Troli Terbengkalai
8 skrip WhatsApp & email untuk tarik balik pelanggan yang tinggalkan troli.

SEMUA PAKEJ – NILAI RM497
Kalkulator Untung Bersih
Kira untung sebenar jual di marketplace vs website sendiri.

SEMUA PAKEJ – NILAI RM1,200
Pek Kandungan Terus Jual
5 template ayat jualan yang buktikan kualiti, bukan lawan harga murah.

SEMUA PAKEJ – NILAI RM997
Peta Jalan 30 Hari Launch
Langkah demi langkah dari siap website sampai dapat jualan pertama.

EKSKLUSIF GROW & SCALE – NILAI RM788
Sistem Jaga Iklan
Setup pixel & retargeting supaya iklan tidak membazir.

EKSKLUSIF SCALE – NILAI RM1,100
Pindah Data Pelanggan Lama
Pindahkan data pelanggan sedia ada yang Anda berhak gunakan. Skop disahkan dalam proposal.
MACAM MANA NAK MULA?
Kedai Jenama Anda Siap Dalam 4 Langkah Mudah.
01 — KONGSIKAN BISNES ANDA
Mulakan Cerita
Kongsikan produk & cabaran semasa Anda.
02 — SEMAK KESESUAIAN
Kami Cadangkan
Kami audit & cadangkan pakej paling sesuai.
03 — SAHKAN SKOP & KOS
Setuju & Mula
Setuju rekaan, fungsi & timeline. Tiada kos tersembunyi.
04 — BINA, UJI & SERAH
Lancar & Jual
Website siap, uji bayaran, terus mula jual.
FAQ
Soalan Yang Founder Selalu Tanya
Masih perlukan marketplace tak?
Tak perlu tinggalkan terus. Ramai pelanggan kami guna marketplace untuk tarik pelanggan baru, tapi bawa pembeli tetap ke kedai jenama sendiri untuk jualan ulangan. Di kedai sendiri, Anda tak perlu lawan harga RM20 dan boleh simpan data pelanggan untuk follow-up.
Data pelanggan jadi milik saya ke?
Ya, 100% milik Anda. Nama, telefon, alamat dan sejarah belian semua tersimpan dalam database Anda. Berbeza dengan marketplace, Anda boleh guna data ini untuk follow-up WhatsApp dan kempen email tanpa bayar komisen tambahan.
Add to cart ramai checkout sikit?
Ini normal. 70% pembeli tinggalkan troli sebab terganggu atau belum yakin. Di kedai yang kami bina, ada sistem tinggalkan troli automatik — hantar WhatsApp dan email peringatan. Ramai pelanggan kami dapat semula 15–20% jualan yang hampir hilang.
Berapa lama kedai siap untuk mula jual?
Pakej START siap dalam 14 hari bekerja selepas kandungan lengkap. GROW & SCALE 21–30 hari termasuk integrasi affiliate dan automasi. Anda boleh terus mula jual sebaik sahaja uji bayaran selesai.
Saya tak pandai teknikal, nanti siapa yang uruskan?
Kami uruskan sepenuhnya — bina, uji dan serah siap. Selepas lancar, Anda dapat latihan rakaman dan sokongan 30 hari. Jika ada isu teknikal, team kami bantu. Anda hanya perlu fokus pada produk dan jualan.
Boleh sambung dengan payment dan kurier sedia ada?
Boleh. Kami sambungkan dengan payment gateway yang Anda sudah guna seperti Billplz, ToyyibPay, FPX dan Stripe, serta kurier DHL, J&T, Ninja Van. Anda terus guna akaun sedia ada, tak perlu daftar baru.
Bajet iklan kecil RM5k boleh lawan?
Boleh. Di marketplace, iklan RM5k Anda lawan kilang dengan bajet RM50k. Di kedai jenama sendiri, RM5k tu fokus 100% untuk jenama Anda sahaja. Dengan sistem follow-up automatik, kos dapatkan pelanggan jadi lebih rendah dari masa ke masa, bukan makin mahal.
SUARA PELANGGAN
Pelanggan Sebenar. Dengan Kata-Kata Mereka Sendiri.
Perkara kecil jadi besar bila bisnes Anda di skrin. Ini yang pelanggan kami kongsikan tentang kerjasama dengan Adtejari.

SMART CITY ACADEMY
“Looking good in both the e-Brochure and website. Thanks En. Ridzwan!”

RICO LEGACY
“Terima kasih banyak, tuan.”

TAMANNEGARA2U
“Projek taman negara jalan dgn baik… nak kena tambah team..”

CIKYAM CREATIVE
“pengarah approve lepas tengok blog.”
LANGKAH SETERUSNYA
Semakan Kesesuaian Percuma
Ceritakan produk anda. Kita semak sama ada website sesuai untuk anda. Tiada bayaran melalui borang ini.
ADTEJARI CREATIVES
202503131270 (AS0495700-T)
Port Dickson, Negeri Sembilan
sales@adtejari.com · 010 2169 669
Ceritakan Tentang Bisnes Anda
Lepas hantar borang, WhatsApp akan dibuka. Semak maklumat anda dan tekan Send untuk sambung berbincang.
Maklumat digunakan untuk mengurus pertanyaan dan menilai keperluan projek. Baca Polisi Privasi.
Domain + Hosting Percuma Tahun Pertama
SEMAK BISNES SAYA